Peaceful Assembly Bill

For optimal readability, we highly recommend downloading the document PDF, which you can do below.

Document Information:


Perhimpunan Aman1
D.R. 42/2011
RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN 2011
SUSUNAN FASAL
B
AHAGIAN I
PERMULAAN
Fasal
1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan ketidakpakaian
2. Matlamat
3. Tafsiran
B
AHAGIAN II
HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN DAN TANPA SENJATA
4. Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan
5. Hak orang yang mempunyai kepentingan
B
AHAGIAN III
TANGGUNGJAWAB PENGANJUR, PESERTA DAN POLIS
6. Tanggungjawab penganjur
7. Tanggungjawab peserta
8. Tanggungjawab polis
B
AHAGIAN IV
KEHENDAK DALAM MENGANJURKAN PERHIMPUNAN
9. Pemberitahuan perhimpunan
10. Kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan
11. Persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan

Rang Undang-Undang 2
12. Kehendak untuk memaklumkan orang yang mempunyai kepentingan
13. Perjumpaan dengan penganjur
14. Respons terhadap pemberitahuan
15. Sekatan-sekatan dan syarat-syarat
16. Rayuan terhadap sekatan-sekatan dan syarat-syarat
17. Perhimpunan serentak
18. Perhimpunan balas
19. Anggapan berkenaan dengan penganjur
B
AHAGIAN V
PENGUATKUASAAN
20. Kuasa menangkap
21. Kuasa untuk menyuraikan perhimpunan
B
AHAGIAN VI
PELBAGAI
22. Penyenggaraan daftar
23. Rakaman
24. Akses media
25. Tempat perhimpunan yang ditetapkan
26. Kuasa untuk meminda Jadual
27. Peraturan-peraturan
J
ADUAL PERTAMA
J ADUAL K EDUA
J ADUAL K ETIGA
J ADUAL K EEMPAT
Fasal

Perhimpunan Aman3
Suatu Akta yang berhubungan dengan hak untuk berhimpun secara
aman dan tanpa senjata, dan untuk memperuntukkan sekatan-sekatan
yang didapati perlu atau suai manfaat yang berhubungan dengan
hak itu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak
dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara-
perkara yang berkaitan.
[ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
B
AHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan ketidakpakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perhimpunan Aman
2011.
(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
(3) Akta ini tidak terpakai bagi—
(a) suatu perhimpunan yang merupakan suatu kempen
pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
[Akta 5]; dan RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a

Rang Undang-Undang 4
(b) suatu perhimpunan yang merupakan mogok, sekat
masuk atau piket di bawah Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 [Akta 177] dan Akta Kesatuan Sekerja 1959
[Akta 262].
Matlamat
2. Matlamat Akta ini adalah untuk memastikan—
(a) selagi wajar untuk berbuat demikian, bahawa semua
warganegara mempunyai hak untuk menganjurkan
perhimpunan atau untuk menyertai perhimpunan, secara
aman dan tanpa senjata; dan
(b) bahawa penggunaan hak untuk menganjurkan perhimpunan
atau untuk menyertai perhimpunan, secara aman dan tanpa
senjata, adalah tertakluk hanya kepada sekatan-sekatan yang
didapati perlu atau suai manfaat dalam suatu masyarakat
demokrasi demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam,
termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
Tafsiran
3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain—
“hak dan kebebasan orang lain” termasuklah—
(a) hak untuk menikmati secara aman harta bendanya;
(b) hak kepada kebebasan bergerak;
(c) hak untuk menikmati persekitaran semula jadi; dan
(d) hak untuk menjalankan perniagaan;
“jalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333];
“kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur kurang daripada
lima belas tahun;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

Perhimpunan Aman5
“orang yang mempunyai kepentingan” ertinya seseorang yang
tinggal, bekerja atau menjalankan perniagaan atau memiliki atau
mempunyai harta kediaman atau komersial di sekitar atau di
tempat perhimpunan;
“penganjur” ertinya seseorang yang bertanggungjawab
bagi penganjuran suatu perhimpunan, termasuk mengaturkan,
mengadakan, mengumpulkan atau membentuk perhimpunan, atau
yang bertanggungjawab bagi pengendalian perhimpunan;
“perhimpunan” ertinya suatu perhimpunan sesuatu bilangan
orang yang disengajakan dan sementara di sesuatu tempat awam,
sama ada atau tidak perhimpunan itu diadakan di suatu tempat
tertentu atau bergerak;
“perhimpunan balas” ertinya suatu perhimpunan yang dianjurkan
untuk menyampaikan pertentangan terhadap maksud yang baginya
suatu perhimpunan lain dianjurkan, dan diadakan pada masa,
tarikh dan di tempat yang sama atau lebih kurang sama dengan
perhimpunan yang lain itu;
“perhimpunan serentak” ertinya dua perhimpunan atau lebih
yang diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama, tetapi
tidak mempunyai hubungan antara satu sama lain;

“peserta” ertinya seseorang yang dengan sengaja atau rela hadir
bagi maksud suatu perhimpunan;
“protes jalanan” ertinya suatu perhimpunan terbuka yang
bermula dengan suatu perjumpaan di tempat yang ditentukan
dan melibatkan perarakan atau perhimpunan beramai-ramai bagi
maksud membantah atau memajukan sesuatu tujuan atau tujuan-
tujuan tertentu;
“senjata” ertinya apa-apa senjata api, amunisi, bahan letupan,
bahan kikis, bahan yang merosakkan atau memudaratkan, kayu,
batu, atau apa-apa senjata atau objek yang, oleh sebab sifatnya,
boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan atau menyebabkan
kecederaan kepada orang, atau kerosakan kepada harta;
“tempat awam” ertinya—
(a) jalan;
(b) tempat yang terbuka kepada atau yang digunakan oleh
orang awam sebagai suatu hak; atau

Rang Undang-Undang 6
(c) tempat yang sedang terbuka kepada atau yang digunakan
oleh orang awam, sama ada atau tidak—
(i) tempat itu pada kebiasaannya terbuka kepada atau
digunakan oleh orang awam;
(ii) dengan persetujuan nyata atau tersirat pemunya
atau penghuni; atau
(iii) dengan bayaran wang;
“tempat larangan” ertinya—
(a) kawasan larangan dan tempat larangan yang diisytiharkan
di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan
1959 [Akta 298]; dan
(b) tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“tempat perhimpunan” ertinya tempat di mana perhimpunan
diadakan dan berhubung dengan perarakan, termasuklah suatu
tempat di mana atau yang melaluinya perhimpunan itu dicadangkan
akan berhenti atau lalu;
“tempat perhimpunan yang ditetapkan” ertinya suatu tempat
yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 25.
B
AHAGIAN II
HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN DAN TANPA SENJATA
Hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai
perhimpunan
4. (1) Hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai
suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta
ini tidak meluas kepada yang berikut:
(a) seseorang bukan warganegara;
(b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan
dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat
larangan;
(c) suatu protes jalanan;

Perhimpunan Aman7
(d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan,
seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun;
dan
(e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan
selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
seseorang kanak-kanak.
(2) Seseorang melakukan suatu kesalahan jika—
(a) sebagai seorang bukan warganegara, dia menganjurkan
atau menyertai suatu perhimpunan;
(b) dia menganjurkan atau menyertai suatu perhimpunan yang
diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak
lima puluh meter dari had tempat larangan;
(c) dia menganjurkan atau menyertai suatu protes jalanan;
(d) sebagai seorang yang di bawah umur dua puluh satu
tahun, dia menganjurkan suatu perhimpunan;
(e) sebagai seorang kanak-kanak, dia menyertai suatu
perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan
dalam Jadual Kedua; atau
(f) dia merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu
perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak untuk
menghadiri suatu perhimpunan selain suatu perhimpunan
yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
perenggan (2)(a), (b), (c), (d) atau (e) boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(4) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
perenggan (2)(f) boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
dua puluh ribu ringgit
Hak orang yang mempunyai kepentingan
5. Seseorang yang mempunyai kepentingan hendaklah mempunyai
hak untuk dimaklumkan mengenai butir-butir suatu perhimpunan
mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 12 untuk
membolehkannya membangkitkan kebimbangan atau bantahannya
terhadap perhimpunan itu.

Rang Undang-Undang 8
B
AHAGIAN III
TANGGUNGJAWAB PENGANJUR, PESERTA DAN POLIS
Tanggungjawab penganjur
6. (1) Seseorang penganjur hendaklah memastikan bahawa sesuatu
perhimpunan mematuhi Akta ini dan mana-mana undang-undang
bertulis yang lain.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), penganjur hendaklah—
(a) memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian
perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa
arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-
mana undang-undang bertulis yang lain;
(b) memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain
yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-
apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang
berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat,
perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan
orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan
mengganggu ketenangan orang awam;
(c) memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain
yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-
apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis;
(d) memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian suatu
perhimpunan adalah mengikut pemberitahuan perhimpunan
yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan apa-apa
sekatan dan syarat yang boleh dikenakan di bawah
seksyen 15;
(e) melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya perlu
untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan
dengan teratur;
(f) bekerjasama dengan pihak berkuasa awam;
(g) memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan
membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan
kepada harta atau alam sekitar;

Perhimpunan Aman9
(h) memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan
apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam
amnya;
(i) memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau
menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan; dan
(j) dalam hal perhimpunan serentak atau perhimpunan balas,
memastikan bahawa penganjuran perhimpunan itu tidak
diniatkan untuk menghalang secara spesifik perhimpunan
yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu
penganjuran perhimpunan itu.
Tanggungjawab peserta
7. Seseorang peserta hendaklah—
(a) menahan diri daripada—
(i) menggendalakan atau menghalang mana-mana
perhimpunan;
(ii) berkelakuan secara menyakitkan hati atau
menggunakan kata kesat terhadap mana-mana
orang;
(iii) melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-
apa pernyataan yang berkecenderungan untuk
mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak
puas hati atau permusuhan di kalangan orang
awam amnya atau membuat apa-apa yang akan
mengganggu ketenangan orang awam;
(iv) melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis di mana-mana perhimpunan;
dan
(v) menyebabkan kerosakan kepada harta; dan
(b) mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh polis,
penganjur atau mana-mana orang yang dilantik oleh
penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan
perhimpunan dengan teratur.
Tanggungjawab polis
8. Seseorang pegawai polis boleh mengambil apa-apa langkah
sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan
dikendalikan dengan teratur mengikut Akta ini dan mana-mana
undang-undang bertulis yang lain.

Rang Undang-Undang 10
B
AHAGIAN IV
KEHENDAK DALAM MENGANJURKAN PERHIMPUNAN
Pemberitahuan perhimpunan
9. (1) Seseorang penganjur hendaklah, dalam tempoh tiga
puluh hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Pegawai
yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak
diadakan.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat
perhimpunan yang ditetapkan; dan
(b) mana-mana perhimpunan lain yang dinyatakan dalam
Jadual Ketiga.
(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan
atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau
perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan
untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta
bantuan sedemikian.
(4) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan
kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan
itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau
kiriman cepat atau dengan serahan tangan.
(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
sepuluh ribu ringgit.
Kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan
10. Pemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen 9(1)
hendaklah—
(a) dalam borang dalam Jadual Keempat;
(b) ditandatangani oleh penganjur;
(c) disertai dengan suatu salinan persetujuan pemunya atau
penghuni tempat perhimpunan, jika berkenaan;

Perhimpunan Aman11
(d) disertai dengan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana
yang dinyatakan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah
Polis, jika ada; dan
(e) mengandungi butir-butir yang berikut:
(i) nama dan butir-butir penganjur;
(ii) alamat surat-menyurat penganjur;
(iii) nama dan alamat penceramah dalam perhimpunan,
jika ada;
(iv) maksud perhimpunan;
(v) tarikh perhimpunan akan diadakan;
(vi) tempat perhimpunan akan diadakan;
(vii) masa perhimpunan dicadangkan untuk bermula dan
berakhir;
(viii) jika perhimpunan ialah suatu perarakan—
(A) laluan yang dicadangkan bagi perarakan
itu;
(B) mana-mana tempat di mana perarakan itu
dicadangkan akan berhenti; dan
(C) jangka masa yang dicadangkan bagi perarakan
itu akan berada di setiap tempat itu;
(ix) bilangan peserta yang dijangkakan;
(x) orang yang dilantik oleh penganjur untuk
bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan
dengan teratur; dan
(xi) perihal kelengkapan atau peranti amplifier bunyi
yang dicadangkan untuk digunakan semasa
perhimpunan, jika ada.
Persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan
11. Penganjur suatu perhimpunan, selain suatu perhimpunan
keagamaan atau perarakan pengebumian atau suatu perhimpunan
yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan, hendaklah
memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat
perhimpunan untuk menggunakan tempat perhimpunan itu bagi
maksud perhimpunan.

Rang Undang-Undang 12
Kehendak untuk memaklumkan orang yang mempunyai
kepentingan
12. (1) Apabila diterima pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1),
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah, dalam tempoh
empat puluh lapan jam, menyebabkan butir-butir mengenai
perhimpunan itu dimaklumkan kepada orang yang mempunyai
kepentingan—
(a) dengan menampal suatu notis yang mudah dilihat di
pelbagai lokasi di tempat perhimpunan itu; atau
(b) dengan apa-apa cara yang munasabah yang sesuai atau
perlu supaya maklumat itu boleh diketahui oleh orang
itu.
(2) Orang yang mempunyai kepentingan boleh, secara bertulis,
memaklumkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan
itu berserta dengan sebabnya kepada Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis dalam tempoh lima hari setelah dimaklumkan tentang
perhimpunan di bawah subseksyen (1).
(3) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah
mengambil kira kebimbangan atau bantahan yang diterima bagi
maksud mengenakan sekatan-sekatan dan syarat-syarat di bawah
seksyen 15.
Perjumpaan dengan penganjur
13. Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh pada bila-bila masa
selepas menerima pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1), jika
hal keadaan mewajarkannya, memanggil penganjur untuk berjumpa
bagi menasihati penganjur itu tentang perhimpunan itu.
Respons terhadap pemberitahuan
14. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah memberikan
respons terhadap pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1) dalam
tempoh dua belas hari dari penerimaan pemberitahuan itu dan
hendaklah, dalam respons itu, memaklumkan penganjur tentang
sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen
15, jika ada.

Perhimpunan Aman13
(2) Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis tidak memberikan
respons terhadap pemberitahuan itu mengikut subseksyen (1),
perhimpunan itu hendaklah diteruskan sebagaimana yang dicadangkan
dalam pemberitahuan itu.
Sekatan-sekatan dan syarat-syarat
15. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh mengenakan
sekatan-sekatan dan syarat-syarat ke atas suatu perhimpunan
bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk
perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
(2) Sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah
seksyen ini boleh berhubung dengan—
(a) tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
(b) tempat perhimpunan;
(c) cara perhimpunan;
(d) kelakuan peserta semasa perhimpunan;
(e) pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan
perhimpunan;
(f) apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau
agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat
perhimpunan;
(g) kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai
kepentingan; atau
(h) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat
oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis berhubung
dengan perhimpunan itu.
(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana sekatan
dan syarat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit.

Rang Undang-Undang 14
Rayuan terhadap sekatan-sekatan dan syarat-syarat
16. (1) Mana-mana penganjur yang terkilan dengan pengenaan
sekatan-sekatan dan syarat-syarat di bawah seksyen 15 boleh,
dalam tempoh empat hari selepas dimaklumkan mengenai sekatan-
sekatan dan syarat-syarat itu, merayu kepada Menteri.
(2) Menteri hendaklah memberikan keputusannya dalam tempoh
enam hari dari hari rayuan di bawah subseksyen (1) diterima
olehnya.
Perhimpunan serentak
17. (1) Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis menerima
pemberitahuan bagi dua perhimpunan atau lebih yang hendak
dianjurkan, dan perhimpunan itu dicadangkan untuk diadakan
pada masa, tarikh dan di tempat yang sama, perhimpunan itu
boleh, tertakluk kepada sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang
dikenakan di bawah seksyen 15, diadakan serentak.
(2) Jika, pada pendapat Pegawai yang Menjaga Daerah Polis,
perhimpunan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh
diadakan serentak—
(a) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah
memberikan keutamaan kepada penganjur yang
terlebih dahulu mengemukakan pemberitahuan untuk
mengadakan perhimpunan di tempat perhimpunan yang
dinyatakan dalam pemberitahuan itu, melainkan jika
tempat perhimpunan itu mengikut tradisi atau kontrak
digunakan bagi perhimpunan yang satu lagi; atau
(b) dalam hal pemberitahuan perhimpunan yang diterima pada
masa yang sama, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis
hendaklah memberikan keutamaan kepada penganjur yang
namanya dicabut dalam suatu cabutan yang diadakan oleh
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis untuk mengadakan
perhimpunan di tempat perhimpunan yang dinyatakan
dalam pemberitahuan itu.

Perhimpunan Aman15
Perhimpunan balas
18. Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis menerima suatu
pemberitahuan bagi perhimpunan balas dan ternyata bahawa
penganjuran perhimpunan balas itu akan menyebabkan pertelingkahan
antara peserta-peserta perhimpunan, Pegawai yang Menjaga Daerah
Polis hendaklah memberikan alternatif untuk perhimpunan balas
itu dianjurkan pada masa, tarikh atau di tempat yang lain.
Anggapan berkenaan dengan penganjur
19. Jika—
(a) suatu perhimpunan diadakan di tempat perhimpunan yang
ditetapkan;
(b) suatu perhimpunan dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
(c) suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah
subseksyen 9(1) tidak diberikan; atau
(d) suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah
subseksyen 9(1) telah diberikan tetapi identiti penganjur
yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu adalah palsu,
mana-mana orang yang memulakan, mengetuai, menggalakkan,
menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan itu, atau menjemput
atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan itu,
hendaklah dianggap sebagai penganjur perhimpunan itu.
B
AHAGIAN V
PENGUATKUASAAN
Kuasa menangkap
20. (1) Seseorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap
mana-mana penganjur atau peserta—
(a) yang, semasa perhimpunan, enggan atau tidak mematuhi
mana-mana sekatan atau syarat di bawah seksyen 15;
(b) yang, semasa perhimpunan, ada dalam milikannya apa-apa
senjata; atau
(c) yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu
perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua.

Rang Undang-Undang 16
(2) Pegawai polis itu hendaklah, sebelum menjalankan kuasa
menangkap di bawah seksyen ini, mengambil langkah–langkah
yang perlu untuk memastikan pematuhan secara sukarela oleh
penganjur atau peserta.
Kuasa untuk menyuraikan perhimpunan
21. (1) Seseorang pegawai polis boleh mengeluarkan arahan
untuk bersurai dalam hal keadaan yang berikut:
(a) perhimpunan itu diadakan di suatu tempat larangan atau
dalam jarak lima puluh meter dari had suatu tempat
larangan;
(b) perhimpunan itu ialah atau telah menjadi suatu protes
jalanan;
(c) mana-mana orang di perhimpunan itu telah melakukan
apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang
berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat,
perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan
orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan
mengganggu ketenangan orang awam;
(d) mana-mana orang di perhimpunan itu melakukan mana-
mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang
bertulis;
(e) peserta perhimpunan telah tidak mematuhi atau tidak
mematuhi sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan
di bawah seksyen 15; atau
(f) peserta perhimpunan terlibat dalam, atau akan terlibat
dalam, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau
tidak senonoh atau keganasan terhadap orang atau
harta.
(2) Pegawai polis itu, pada menjalankan kuasa untuk menyuraikan
perhimpunan di bawah seksyen ini, boleh menggunakan segala
kekerasan yang munasabah.
(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang
dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu
ringgit.

Perhimpunan Aman17
B
AHAGIAN VI
PELBAGAI
Penyenggaraan daftar
22. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah
menyenggara suatu daftar yang mengandungi rekod pemberitahuan
yang diterima di bawah subseksyen 9(1), mengikut susunan
kronologi.
(2) Daftar yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dalam
bentuk yang ditetapkan oleh Menteri.
Rakaman
23. Seseorang pegawai polis boleh membuat apa-apa bentuk
rakaman perhimpunan.
Akses media
24. Mana-mana wakil media boleh mempunyai akses yang
munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan
apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan
itu.
Tempat perhimpunan yang ditetapkan
25. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,
menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan
yang ditetapkan.
(2) Untuk mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang
menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di
tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai
tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan
peserta di bawah seksyen 6 dan 7.

Rang Undang-Undang 18
Kuasa untuk meminda Jadual
26. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,
meminda Jadual.
Peraturan-peraturan
27. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi penjalanan
yang lebih baik peruntukan Akta ini.
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 3] TEMPAT LARANGAN
Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
Loji rawatan air
Stesen penjana elektrik
Stesen minyak
Hospital
Balai bomba
Lapangan terbang
Landasan keretapi
Terminal pengangkutan awam darat
Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
Tempat ibadat
Tadika dan sekolah
J
ADUAL K EDUA
[Perenggan 4(1)(e)] PERHIMPUNAN YANG BOLEH DISERTAI OLEH KANAK-KANAK
Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Perhimpunan berhubung dengan adat
Perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri

Perhimpunan Aman19
JADUAL K ETIGA
[Perenggan 9(2)(b)] PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI
Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Majlis perkahwinan
Rumah terbuka semasa perayaan
Pertemuan keluarga
Hari keluarga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan
keluarga mereka
Mesyuarat tahunan pertubuhan atau persatuan
J
ADUAL K EEMPAT
[Seksyen 10] B
ORANG
PEMBERITAHUAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 9(1)
Kepada:
………………………………………….
(nama dan alamat Pegawai yang Menjaga Daerah Polis)
………………………………………….
………………………………………….
………………………………………….
1. Nama dan No. Kad Pengenalan penganjur*:………………….……………….…
……………………………………………………………………………..……
2. Alamat penganjur*:…………………………………………….……………………
……………………………………………………………………………..……
3. Alamat surat-menyurat penganjur (jika berlainan daripada alamat di atas):
……………………………………………………………………………..……
……………………………………………………………………………..……
4. Butir-butir hubungan penganjur*:
No. Tel.: ………………………….………
No. Faks: ……………………………….…
E-mel: ………………………………….…

Rang Undang-Undang 20
5. Nama dan alamat penceramah dalam perhimpunan, jika ada:
……………………………………………………………………………..……
……………………………………………………………………………..……
6. Maksud perhimpunan:……………………………………………….……..………
……………………………………………………………………………..……
7. Tarikh perhimpunan:………………………………………………….…..………
8. Tempat perhimpunan:.……………………………………………….….………..
9. Masa perhimpunan akan bermula dan tamat:………………………………………
10. Jika perhimpunan ialah suatu perarakan—
(a) laluan perarakan:…………………………………………………………….
(b) mana-mana tempat di mana perarakan akan berhenti:
……………………………………..…………………………………………….
(c) tempoh masa perarakan akan berada di tiap-tiap tempat:
……………………………………..…………………………………………….
11. Bilangan peserta yang dijangkakan:
………………….……………………………………..………………..…………..
12. Orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi
mengendalikan perhimpunan dengan teratur:
………………….……………………………………..………………..…………..
………………….……………………………………..………………..…………..
13. Perihal kelengkapan atau peranti amplifier bunyi yang akan digunakan
semasa perhimpunan, jika ada:
………………….……………………………………..………………..…………..
………………….……………………………………..………………..…………..
14. Maklumat lain, jika perlu: ……….……………….………………………………..
………………….……………………………………..………………..…………..
………………….……………………………………..………………..…………..

Perhimpunan Aman21
Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang diberikan dalam pemberitahuan
ini adalah sah dan betul.
Tandatangan:
………………………………………..
Nama: …………………………………………………..…..
Tarikh: …………………………………
Catatan:
*Jika terdapat lebih daripada seorang penganjur, sila nyatakan nama, nombor kad pengenalan dan
butir-butir hubungan semua penganjur sebagai lampiran.
HURAIAN
Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan (“Akta yang dicadangkan”)
berhubung dengan hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, dan
bertujuan untuk memperuntukkan sekatan-sekatan yang didapati perlu atau
suai manfaat yang berhubungan dengan hak itu demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk
perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk memperuntukkan perkara-
perkara yang berkaitan. Akta yang dicadangkan ialah salah satu usaha yang
dimulakan oleh Kerajaan untuk melakukan transformasi rangka perundangan
yang sedia ada berhubung dengan hak-hak perlembagaan warganegara untuk
berhimpun.
B
AHAGIAN I
2. Bahagian I Akta yang dicadangkan mengandungi perkara permulaan.
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa
dan ketidakpakaian Akta yang dicadangkan. Tajuk ringkas menggambarkan
skim Akta yang dicadangkan yang bertujuan untuk menegaskan hak untuk
berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Fasal 2 mengandungi matlamat Akta yang dicadangkan. Fasal ini menjelaskan
maksud keseluruhan Akta yang dicadangkan iaitu untuk membenarkan
warganegara untuk menganjurkan perhimpunan dan menyertai perhimpunan
secara aman dan tanpa senjata hanya tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
didapati perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan
hak dan kebebasan orang lain. Ungkapan “hak dan kebebasan orang lain”
merujuk kepada hak untuk menikmati secara aman harta bendanya, hak kepada
kebebasan bergerak, hak untuk menikmati persekitaran semula jadi dan hak
untuk menjalankan perniagaan.

Rang Undang-Undang 22
Fasal 3 mengandungi takrif perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam
Akta yang dicadangkan. Antara takrif yang diperuntukkan ialah “perhimpunan”
yang termasuklah perhimpunan yang bergerak atau statik, “penganjur”, “peserta”
dan “orang yang mempunyai kepentingan”.
B
AHAGIAN II
3. Bahagian II Akta yang dicadangkan memperkatakan hak untuk menganjurkan
atau menyertai perhimpunan.
Fasal 4 menjelaskan bahawa hak untuk menganjurkan atau menyertai
perhimpunan secara aman dan tanpa senjata tidak meluas kepada seseorang
bukan warganegara, suatu perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat
larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan dan suatu
protes jalanan. Fasal itu juga memperuntukkan bahawa seseorang di bawah
umur dua puluh satu tahun tidak boleh menjadi penganjur dan bahawa seorang
kanak-kanak di bawah umur lima belas tahun tidak boleh menyertai suatu
perhimpunan selain suatu perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Mana-mana orang yang melanggar fasal ini melakukan suatu kesalahan.
Fasal 5 memperkatakan hak orang yang mempunyai kepentingan. Seseorang
yang mempunyai kepentingan hendaklah mempunyai hak untuk dimaklumkan
mengenai butir-butir suatu perhimpunan bagi membolehkannya untuk
membangkitkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu.
B
AHAGIAN III
4. Bahagian III memperkatakan tanggungjawab penganjur, peserta dan
polis.
Fasal 6 menghuraikan tanggungjawab penganjur. Seseorang penganjur
hendaklah memastikan bahawa perhimpunan mematuhi Akta yang dicadangkan
dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Tanggungjawab itu termasuklah
kewajipan untuk memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan
tidak melanggar Akta yang dicadangkan atau apa-apa arahan yang dikeluarkan
di bawah Akta yang dicadangkan atau mana-mana undang-undang bertulis
yang lain, bahawa dia atau mana-mana orang lain tidak melakukan apa-apa
perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk
mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di
kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu
ketenangan orang awam, bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada
di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis dan bahawa perhimpunan itu mengikut pemberitahuan
yang diberikan dan apa-apa sekatan dan syarat yang dikenakan, tidak akan
membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta dan alam
sekitar dan tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada
orang awam amnya. Penganjur juga mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama
dengan pihak berkuasa awam, untuk membersihkan tempat perhimpunan atau
menanggung kos pembersihan, dan dalam hal keadaan perhimpunan serentak

Perhimpunan Aman23
atau perhimpunan balas, untuk memastikan bahawa penganjuran perhimpunan
itu tidak diniatkan untuk menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu
lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.
Fasal 7 menghuraikan tanggungjawab peserta suatu perhimpunan. Seseorang
peserta hendaklah menahan diri daripada menggendalakan atau menghalang
mana-mana perhimpunan, daripada berkelakuan secara menyakitkan hati atau
menggunakan kata kesat terhadap mana-mana orang atau menyebabkan kerosakan
kepada harta, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan
yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak
puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat
apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam, melakukan apa-apa
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan menyebabkan
kerosakan kepada harta. Seseorang peserta hendaklah mematuhi arahan yang
diberikan oleh polis, penganjur atau mana-mana orang yang dilantik oleh
penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan
teratur.
Fasal 8 menghuraikan tanggungjawab polis. Seseorang pegawai polis boleh
mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk
memastikan perhimpunan dikendalikan dengan teratur mengikut Akta ini dan
mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
B
AHAGIAN IV
5. Bahagian IV memperkatakan kehendak dalam menganjurkan
perhimpunan.
Fasal 9 menghendaki penganjur untuk memberi suatu pemberitahuan
perhimpunan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan
itu hendak diadakan. Seseorang penganjur mesti memberikan Pegawai yang
Menjaga Daerah Polis suatu pemberitahuan dalam tempoh tiga puluh hari
sebelum tarikh perhimpunan. Kehendak bagi pemberitahuan tidak terpakai bagi
suatu perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan dan
mana-mana perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Di bawah
fasal ini, seorang penganjur suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan
pengebumian boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di
mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan dan boleh, jika bantuan
diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta
bantuan sedemikian.
Fasal 10 menghuraikan kehendak berhubung pemberitahuan perhimpunan,
termasuk butir-butir yang kena diberikan mengenai perhimpunan yang
dimaksudkan.
Fasal 11 menghendaki penganjur suatu perhimpunan, selain suatu perhimpunan
keagamaan atau perarakan pengebumian atau suatu perhimpunan yang diadakan
di tempat perhimpunan yang ditetapkan, memperoleh persetujuan pemunya
atau penghuni tempat perhimpunan untuk menggunakan tempat perhimpunan
itu bagi maksud perhimpunan itu.

Rang Undang-Undang 24
Fasal 12 menghuraikan kewajipan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis apabila
menerima suatu pemberitahuan perhimpunan. Pegawai yang Menjaga Daerah
Polis dikehendaki untuk memaklumkan orang yang mempunyai kepentingan
dalam tempoh empat puluh lapan jam dengan menyebabkan butir-butir mengenai
perhimpunan ditampal dengan mudah dilihat di pelbagai lokasi di tempat
perhimpunan atau menggunakan apa-apa cara yang munasabah yang sesuai
atau perlu supaya maklumat itu boleh diketahui oleh orang itu. Orang yang
mempunyai kepentingan boleh, secara bertulis, memaklumkan kebimbangan
atau bantahannya terhadap perhimpunan itu dalam tempoh lima hari setelah
dimaklumkan. Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah mengambil kira
kebimbangan atau bantahan yang diterima bagi maksud mengenakan sekatan-
sekatan dan syarat-syarat di bawah fasal 15.
Fasal 13 memberi Pegawai yang Menjaga Daerah Polis kuasa, pada bila-
bila masa selepas menerima pemberitahuan itu, untuk memanggil penganjur
untuk berjumpa bagi menasihati penganjur itu tentang perhimpunan itu jika
hal keadaan mewajarkannya.
Fasal 14 menghendaki Pegawai yang Menjaga Daerah Polis untuk memberikan
respons terhadap suatu pemberitahuan perhimpunan dalam masa dua belas
hari dari penerimaan pemberitahuan itu. Respons itu mestilah termasuk apa-
apa sekatan dan syarat yang akan dikenakan, jika ada. Jika Pegawai yang
Menjaga Daerah Polis tidak memberikan respons kepada pemberitahuan itu
mengikut fasal ini, perhimpunan itu hendaklah diteruskan sebagaimana yang
dicadangkan dalam pemberitahuan itu.
Fasal 15 menghuraikan sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang boleh
dikenakan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis bagi maksud keselamatan
atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang
lain. Sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah fasal ini
boleh, antara lain, berhubung dengan tarikh, masa dan tempoh perhimpunan,
tempat perhimpunan, cara perhimpunan, kelakuan peserta semasa perhimpunan,
pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan,
kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan atau apa-
apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pegawai yang
Menjaga Daerah Polis berhubung dengan perhimpunan itu. Mana-mana orang
yang melanggar sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan melakukan
suatu kesalahan.
Fasal 16 memperuntukkan hak untuk merayu terhadap sekatan-sekatan
dan syarat-syarat yang dikenakan. Penganjur yang terkilan dengan pengenaan
sekatan-sekatan dan syarat-syarat boleh, dalam tempoh empat hari selepas
dimaklumkan mengenai sekatan-sekatan dan syarat-syarat itu, merayu kepada
Menteri yang hendaklah memberikan keputusannya dalam masa enam hari
dari hari rayuan diterima olehnya.
Fasal 17 memperkatakan perhimpunan serentak. Jika Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis menerima pemberitahuan bagi dua perhimpunan atau lebih yang
hendak dianjurkan, dan perhimpunan itu dicadangkan untuk diadakan pada
masa, tarikh dan di tempat yang sama, perhimpunan itu boleh, tertakluk
kepada sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah fasal 15,
diadakan serentak. Jika, pada pendapat Pegawai yang Menjaga Daerah Polis,

Perhimpunan Aman25
perhimpunan yang itu tidak boleh diadakan serentak, penganjur yang terlebih
dahulu mengemukakan pemberitahuan untuk mengadakan perhimpunan
di tempat perhimpunan itu hendaklah diberikan keutamaan, melainkan jika tempat
perhimpunan itu mengikut tradisi atau kontrak digunakan bagi perhimpunan
yang satu lagi. Dalam hal pemberitahuan perhimpunan yang diterima pada
masa yang sama, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah memberikan
keutamaan kepada penganjur yang namanya dicabut dalam suatu cabutan.
Fasal 18 memperkatakan perhimpunan balas. Jika Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis menerima suatu pemberitahuan bagi perhimpunan balas dan
ternyata bahawa penganjuran perhimpunan balas itu akan menyebabkan
pertelingkahan antara peserta-peserta perhimpunan, Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis hendaklah memberikan alternatif untuk perhimpunan balas itu
dianjurkan pada masa, tarikh atau di tempat yang lain.
Fasal 19 memperuntukkan suatu anggapan tentang penganjur suatu perhimpunan
yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan, perhimpunan yang
dinyatakan dalam Jadual Ketiga, perhimpunan yang tiada pemberitahuan diberikan
sebagaimana yang dikehendaki, atau perhimpunan yang identiti penganjur yang
dinyatakan dalam pemberitahuan yang dikehendaki adalah palsu. Mana-mana
orang yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau
mengawal selia perhimpunan itu, atau menjemput atau merekrut peserta atau
penceramah bagi perhimpunan itu, hendaklah dianggap sebagai penganjur
perhimpunan itu.
B
AHAGIAN V
6. Bahagian V memperkatakan peruntukan penguatkuasaan.
Fasal 20 memberi seseorang pegawai polis kuasa untuk menangkap, tanpa
waran, mana-mana penganjur atau peserta yang enggan atau tidak mematuhi
mana-mana sekatan atau syarat di bawah fasal 15, mana-mana penganjur atau
peserta yang ada dalam milikannya apa-apa senjata, atau mana-mana penganjur
atau peserta yang merekrut atau membawa mana-mana kanak-kanak, semasa
perhimpunan. Kuasa ini hendaklah dijalankan hanya selepas pegawai polis itu
mengambil langkah–langkah yang perlu untuk memastikan pematuhan secara
sukarela oleh penganjur atau peserta.
Fasal 21 memberi seseorang pegawai polis kuasa untuk mengeluarkan suatu
arahan untuk bersurai jika perhimpunan itu diadakan di suatu tempat larangan
atau dalam jarak lima puluh meter dari had suatu tempat larangan, perhimpunan
itu ialah atau telah menjadi suatu protes jalanan, peserta perhimpunan telah
tidak mematuhi atau tidak mematuhi sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang
dikenakan di bawah fasal 15 atau jika peserta terlibat dalam, atau akan terlibat
dalam, perbuatan yang menyalahi undang-undang atau tidak senonoh atau
keganasan terhadap orang atau harta. Pegawai polis itu, pada menjalankan
kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah fasal ini, diberi kuasa untuk
menggunakan segala kekerasan yang munasabah. Mana-mana orang yang tidak
mematuhi arahan pegawai polis itu melakukan suatu kesalahan.

Rang Undang-Undang 26
BAHAGIAN VI
7. Bahagian VI memperkatakan perkara pelbagai.
Di bawah fasal 22, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah menyenggara
suatu daftar yang mengandungi rekod pemberitahuan yang diterima di bawah
subfasal 9(1), mengikut susunan kronologi.
Fasal 23 membenarkan seseorang pegawai polis untuk membuat apa-apa
bentuk rakaman perhimpunan.
Fasal 24 membenarkan mana-mana wakil media untuk mempunyai akses
yang munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa
kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan itu.
Fasal 25 memberi Menteri kuasa untuk menetapkan mana-mana tempat
sebagai tempat perhimpunan melalui pemberitahuan dalam Warta. Peruntukan
itu juga bertujuan untuk menjelaskan bahawa penganjur dan peserta suatu
perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah
mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan
peserta di bawah fasal 6 dan 7.
Fasal 26 memberi Menteri kuasa untuk meminda Jadual melalui perintah
yang disiarkan dalam Warta.
Fasal 27 memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi
penjalanan yang lebih baik peruntukan Akta yang dicadangkan.
J
ADUAL
Jadual Pertama menghuraikan senarai tempat larangan.
Jadual Kedua menghuraikan perhimpunan yang boleh disertai kanak-
kanak.
Jadual Ketiga menghuraikan perhimpunan yang baginya pemberitahuan tidak
dikehendaki.
Jadual Keempat menghuraikan borang pemberitahuan yang hendak digunakan
oleh seseorang penganjur.
IMPLIKASI KEWANGAN
Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan
wang tambahan.
[PN(U
2)2831]